Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 18 August 2011

Oh Bunga..

salam dan hai..

tengah2 ber-blogwalking tadi, terjumpa lah satu topik ni yang agak menarik.. topik ni berkaitan dengan bunga! oh bunga!


Bunga merupakan satu simbolik khas kepada wanita sejak zaman dulu lagi. saya tahu ramai sangat lelaki kat luar tu suka sangat pertikaikan kenapa perlu bagi bunga dekat perempuan sedangkan bunga tu tahan 2 3 hari je dan dia akan layu dan membazair.. betul tak??

ok.. ni antara kenapa perempuan suka bunga..

  1. satu perilaku romantik
    - kebanyakan perempuan dekat luar sana tu suka sangat pada lelaki yang romantik.salah satu sifat lelaki romantik adalah memberi bunga kepada kekasih. tak perlu tunggu tarikh2 yang penting je, masa dia merajuk pun beleh bagi.. birthday dia ke.. tapi jangan lah sampai bagi hari2, nanti jadi tak spesel pulak.. 1 bulan sekali pun ok lah tu..

  2. sebagai simbol dan sukakannya
    -Perempuan dan bunga saling melengkapi. sifat bunga pun sama macam perempuan, cantik dipandang, harum di bau dan lembut bila disentuh.. jadi terang2 lah bunga ni melambangkan perempuan.. sesetengah orang pun ada menggunakan nama bunga untuk dirinya.. macam DAHLIA, MELATI, MAWAR and banyak lagi..

  3. Rasa Disayangi Dan Dicintai
    -Lumrah perempuan, ingin disayangi, dicintai.. bila lelaki tu bagi bunga pada perempuan, automatic perempuan tu akan rasa disayangi, dihargai dan dicintai oleh kekasihnya.. tapi tak semestinya bagi bunga baru nak sayang, hari2 pun sayang, cuma kasih sayang tu ditunjuk dengan cara yang berbeza..

  4. Rasa dihargai
    -perempuan akan rasa dihargai bila lelaki bagi bunga. lelaki pun mesti suka bila tengok kekasih dia happy dapat bunga kan.. jadi tak salah lah bagi bunga pada perempuan walau di mana, dan bila2 masa pun.. kalau saya pun rasa terharu sangat bila dihargai.. :-p

Jadi ingat lah wahai lelaki2 di luar sana.. bila seorang perempuan ditanya apa hadiah yang dia mahu kan, bila dijawab BUNGA, ianya bukan sahaja bermaksud sebagai hadiah semata2.. maksud yang tersirat dengan ayat 'saya mahu bunga' adalah..

"saya mahu diri saya disayangi, dicintai dan dihargai"





tips2 nak bagi bunga :)
-bunga tu lagi elok kalu ros merah atau pink
-bagi dengan suprise! heheh..
-dan luahkan isi hati anda.. :)

barbunga2 cerita pasal bunga ni.. heheh..:)


selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment