Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday 31 October 2011

mutiara kata #8


*Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian. 
 
 

ikan siakap 3 rasa

nah, ni resipi aku.. sape2 nk cuba boleh lah.. he3

Bahannya
1 ekor ikan siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos tomato
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan  letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi dan rasayna mengikut kehendak masing2.
4. Kacau rata sehingga mendideh.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.hias dan siap untuk d makan!



selamat mencuba!

rezeki datang!

Ni post ms tgh cuti hr tu.. post rezeki datang.. he3..
Masa hari last cuti tu..adoi.. malasnya nak balik poli.. xpuas lagi cuti sambut raya deepavali ni.. :p
tapi nak buat mcm mana.. kena balik jugak untuk teruskan perjuangan aku.. heheh.. jadi student yang baik, budak yang baik, anak yang baik, kekasih yang baik.. :p kan3.. mr.s kan.. heheh
cakap pasal nak balik poli, mcm mna nk balik kalu tiket pon x beli lg ms tu.. hahaha.. apa lg, aku ngn abg aku yang sulung tu p bandar pasir mas cari tiket..
alamak!!! habis, mcm mna ni!!! panic panic panic!!!
tp tu baru bas trans yang habis, jom p tengok bas lain pulak..
fuh.. nasib baik ado.. heheh.. tapi kul 9 malam.. lewatnya la aku sampai nnti.. nak buat macam mana kan, terima je lah.. padahal suka sangat! he3
balik je rumah tu rezeki datang.. wahhhh..

kawan mak aku, anak dia khawin, jadi dia upah mak aku siapkan makanan untuk meja pengantin.. barang2 dia dah siapkan dah.. Cuma masak dan hias je.. asal nya mak aku yang kena buat.. tp aku mintak3 jugak nak buat.. nak cari pendapatan.. he3 .
.
yes! Mak bagi can.. mak jadi chef besar aku, dia hnya merasa.. debar rasanya.. he3
kong kang kong kang! Kat dapur tu sambil diperhatikan oleh mak.. he3..
akhirnya! Dalam masa 3 jam aku sempat siapkan 4 ekor ikan siakap 3 rasa, 4 udang pedas.. aku pun terliur.. slurrrrp! Nk sangt makan, tp bukan aku punya, raja sehari n family nya sahaja.. lebih kurang mcm ni je aku buat.. hr tu xsempat nak ambik gambar.. sory ye..




mcm tu lh.. ni lh first time aku buatkn makanan untuk meja pngantin.. walaupun aku prnah jd tukang masak d kedai pak sdara aku, tp hanya masak lauk2 biasa je.. n dapat lh upah untuk hr tu rm**.. he3.. xksh pn murah ke mahal.. asalkan aku dapat tambahkn lg ilmu masak2 aku.. he3

hmmm.. tp kan.. kalu i khawin nnti sape nk tlng masakkan untuk i n mr.s.. :p

Saturday 29 October 2011

super women.. heheh :p

salam dan hai.. apa khabar.. lama rasanya x buka blog ni.. mentang2 lh cuti deepavali.. blog pn cuti deepavali jugak.. heheh.. anyway, happy deepavali.. heheh.. yang mana makan maruku, bak sni sikit ya.. :p

ok la.. da lari tajuk da..

macam ni cerita dia.. semalam, masa tengah kemas2 bilik, terjumpa lah satu pistol ni.. ni ha..

berat nih...
pistol ni bukan pistol betul.. buat tembak cicak je.. heheh.. so, apa lg.. hbs cicak2 kawasan rmh aku jadi mangsa.. hehehe.. sekali tembak je dh mampus cicak tu.. ni ha..

kesiannnnnnnnnnnn.....
 6 ekor jadi mansga aku.. heheh.. ok la tu. aku selaatkan rumah dari kejahatan cicak.. heheh

eh.. tp citer superwomen bl msk lg la.. ok.. lepas hbs je tembak2 cicak kt dlm umh, mak pn suruhlah p buang sampah kat longkang besar.. so, aku pn p ambk sweater ngn tudung.. masa dok depan umah tu dari jauh lagi dah nampak dah ada sekor ibu kucing dia tengah jalan.. diikuti dengan anaknya 3 ekor yang masih kecik, berjalan pun huyung hayang lagi.. jadi aku pun bimbang la kat kucing tu sebab takut ada kereta langgar nnti.. pastu dalam ms tu aku ternampak ank dia yang kecik ni warna hitam jalan2 menuju ke semak tepi longkang tu.. aku ingat bila dia masuk kat dalam semak tu dia kluar balik.. aku pun tunggu dan tengok je lah dari jauh, tp 5 minit lepas tu x keluar2.. pelik lah.. jadi aku pun masuk rumah balik ambik makanan kucing aku nak bagi kat kucing2 tu.. aku dah agak dah mesti ank kucing tu jatuh dalam longkang besar.. bila aku keluar p kt kucing tu, aku buka makanan tadi, pastu terdingar suara anak kucing kat dalam longkang besar tu.. aku dah agak dah.. ni mesti kucing tadi.. aku tengok2 kat dalam longkang tu tp apa2 pn xnampak sebab gelap sangat.. aku pun cepat2 lari balik umah ambik lampu suluh.. cari punya cari, jumpa jugak kucing tu kat dalam longkang.. tp aku xtahu nak ambik mcm mna kucing tu.. jd aku pun terpaksa lah turun dalam longkang yang penuh dengan air longkang.. bau nya pun boleh tahan.. tp apa blh buat kn.. terpaksa lah.. lepas angkat kucing tu, aku terus bawak semua kucing2 yang lain balik umh.. mandikan kucing yg jatuh td.. xpasal2 kena marah ngn mak masuk rumah sebab seluar kotor.. heheh.. tp xkesahh.. jnji aku dah buat apa yang patut aku buat.. bila aku tengok kucing2 tu kesianlah pulak xde org jaga.. xmcm kucing aku ni.. dah mcm kucing vip.. makan tido, makan tido.. ish3..

ni kucing aku, ms ni dia tgh tido ats sofa lepas aku balik dr selamatkan kucing td..

Saturday 22 October 2011

ambik kau!

Suami: Ayang, abang nak
kahwin lain boleh?

Isteri: Boleh, tapi syaratnya
kena belajar grammar English
dulu.

Suami: Errr... Aaaa, Ok2.

Isteri : Satu tu "Singular";
dua atau lebih "Plural", kan?

Suami : Betul...

Isteri : One car sebagai
singular, two cars pula sebagai
plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf
"s" untuk yang plural tu kan?

Isteri : Betul tu. Sama juga la
untuk abang...

Suami : Macam mana pula
boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang
MAMPU, jika dua isteri dah jadi
plural, maka abang MAMPUS,
tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami
tidak pernah lagi berceritakan
hasratnya untuk berkahwin
lagi.. heheh

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥



Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

resipi roti canai

salam dan hai..

tetiba plk pg ni nk mkn roti canai.. tp kt sni xada.. so, blh share resipi je.. huhuhu..


yum yum...

 

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Friday 21 October 2011

mutiara kata #7

  • Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.
  • Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.
  • Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.
  • Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.
  • Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.
  • Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.
  • Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.
  • Lidah anda yang menentukan siapa anda.

Thursday 20 October 2011

jom! blajar kecek (cakap) kelate..

neting - melantun

nusuk - sembunyi

belengas - melekit

basoh jeghuk - basah kuyup

buoh pauh - buah mangga

buoh settor - buah manggis

putih star - purple

thats all for today..

hehehe.. bye!

Friday 7 October 2011

ini baru betul pemimpin..

salam dan hai..
dah lama betul xbuka blog ni.. hehehe.. fb pn dh lma xbuka..

apa khabar semua??? semoga semua sihat3 dan baik2 ya..

ok.. hr ni nk share something.. tentang seorang pemimpin.. ms tgh buka fb td, ada terbaca 1 story kt fb seseorng.. kepada semua yg bakal nk jd pemimpin, renung2 kan dan selamat beramal.. hehehe..


Air Milo + Nasi Berlauk (mana nak cari...)
Renung-renungkan….pemimpin
lain ada ...mcm ni???

Mana nak cari MB
macam ni Uniform ….. tetap pakai SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI
BESAR.
Sewaktu kami sekeluarga
berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga
sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut
dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai
tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan
Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu
menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga
makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana
perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau
tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di
Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi
datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau
melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami
sekeluarga makan pada pagi itu..
* MB Negeri saya sendiri pun
susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti
sahaja..


semoga Allah panjangkan umur beliau dan bg kesihatan yang baik utk beliau.. amin..