Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 25 December 2012

kisah Ashabul Kahfi

salam dan hai..

hari ni nak bercerita sikit.. 
cerita ni sy dengar masa sy dalam umur 3 tahun, dan cerita ni adalah satu cerita yang paling sy suka masa zaman kecik2 dulu.. kisah ini menceritakan kisah 7 orang pemuda yang telah tertidur di dalam sebuah gua selama 309 tahun.. subhanallah.. besar nya kuasa Allah.. baca kisah lanjutnya disini..

kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam surah Al-kahfi (ayat 9-26) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.

menurut ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang. mereka dipercayai hidup dalam zaman maharaja Dikyanus yang ,enyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya.

Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. 

Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. 

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama. 

Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan. 

Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.

Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu. 


Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku. 


Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu. 

Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu. 

Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya.

Monday 24 December 2012

raya kami.. :p

sibuk bercerita pasal raya orang lain je kn.. hehehe
ok.. kali ni raya saya ngn mr.s pulak.. :p

pada raya pertama, rumah xada buat rumah terbuka lagi.. so, xajak sape2 pn lg.. raya ke 2 baru buat.. buat laksa.. best.. mmg laksa ma terbaik di dunia.. heheheh..

mr.s datang raya ke 2.. tu pn petang.. seperti yang dijanjikan, kami pakai baju biru.. :p

kemudian yang ni raya ke 3.. masa p spupu sy bertunang kat sungai golok.. kami pakai kelabu.. sbb tema warna hitam atau kelabu hr tu..

can we start again?

salam dan hai..

lama betul x buka blog ni..
rasa malas makin berleluasa.. heheheh
apa pn, kepada semua moga2 sht dn baik2 semua..

banyak cerita yan ingin di kongsikan..
insyAllah.. ada masa kita mula kan balik dan sy akan cuba lawan penyakit malas ni.. heheheh

ok.. that's all..
have a nice day!
bye'..