Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 6 February 2013

love is cinta.. :)

salam dan hai..

dalam hidup saya pertama kali sy berkenalan dengan cinta ni, sy kenal dengan hanya 1 niat, 1 hala tuju, 1 matlamat..

apa yang saya tahu, cinta ini bukan sekadar kasih sayang, bukan sekadar rindu merindu..
cinta tak dapat dipegang, tapi dapat dirasa.. dapat rasa betapa kita cintanya pada seseorang, betapa cintanya org kepada kita.. dapat rasa kita masih boleh mencintai si dia, dan dapat rasa si dia sudah tidak mencintai kita..

cinta perlukan pengorbanan? ada orang cakap tidak, ada orang cakap ya.. yang cakap tidak sebab si dia buka isteri/suami yang sah.. tapi pada saya, saya xpasti.. entahlah.. saya anggap cinta ni mcm sedekah.. bukan maksud saya boleh diberi kepada semua orang, tapi hanya diberi kepada yang memerlukannya..

apabila anda bersedekah, apa harapan anda masa tu?

bagi saya, dengan sedekah yang saya bagi, walau hanya kecil nilainya, saya berharap ia akan membantu dengan perkara baik yang banyak.
sama juga dengan cinta, apabila kita memberi cinta kita pada seseorang dengan ikhlas, berharaplah untuk memberi ketenangan pada dia. insyAllah, kita sama akan merasa nikmatnya.

walaupun dengan harga RM1 kita bersedekah.. berapa ganjaranya yang akan kita dapat? Subhanallah.. :)
sma juga dengan cinta, walau hanya dengan sedikit pengorbanan, pasti ada balasan nya..

orang kata, cinta ini umpama makan sambal belacan.. walau pedas hingga mengalir air mata tapi masih mahu dimakan jua..  walaupun xada air, tetap bertahan dengan pedas tu.. sebab saya percaya, pasti ada nikmat disebalik itu..
biar pun keruh air di hulu.. mungkin akan jernih di muara.. :)

hebatnya cinta yang tidak jemu memberi dan berhenti ini.. kerana cinta, mcm2 boleh buat, yang sedih, akan gembira, yang gembira boleh jadi sedih..

tapi ingat, cinta kepada manusia, janganlah melebihi dari cinta pada Yang Esa, pada Yang Berkuasa yang mamberi rasa Cinta pada kita.. juga jangan lupa cinta pada penghulu kita Rasulullah S.A.W..
percaya lah pada Maha Pencipta Cinta.. :)

bagaimana pula dengan cinta yang tersalah jalan?

Allah itu Maha Adil, Maha Mendengar dan Maha Pengampun.. Allah takkan berhenti Mendengar doa kita, sehingga kita sendiri yang jemu berdoa padaNya.. jangan lah berhenti berharap pada Nya.. pasti ada jalan.. :)
cari lah jalan yang baik, walaupun niat cinta kita, hala tuju dan matlamat cinta kita masih sama.. perbetulkan lah apa yang salah..


apa lagi yang cinta ajar anda?

tanggungjawab.. :)
sebelum menjadi suami/isteri, belajarlah bertanggungjawab dalam menjaga cinta.. bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.. bertanggungjawab menjaga pasangan dengan baik.. jangan jadi harapkan pagar, pagar makan padi..

saling memahami.. :)
teramat penting, bila anda ada cinta, pasti akann merasai saat salah faham.. mudah2 an, jumpa jalan keluar.. :)

sifat sabar.. :)
setitis derita yang melanda anda, segunung kurniaanNya.. :)

menerima seadanya..:)
adik2, kakak2, abg2.. tidak ada seorang pun yang sempurna sifatnya.. setiap orang pasti ada kekuranganya.. apabila kita bercinta, niat lah dalam hati "aku akan terima dia seadanya, dan aku harap dia juga akan menerima aku seadanya" salinglah melengkapi antara satu sama lai. kaum hawa perlukan kaum adam, dan sebaliknya.. comel dah apa yang Allah buat ni.. hebat dah atura Allah bagi pada kita.. :)

jangan berputus asa dengan cinta anda ya.. fighting.. :)

pelik kan cinta ni..

hanya dengan satu perkataan ni, macam2 boleh berlaku..

bagaimana pula dengan cinta anda? mudah2 an, anda akan jumpa cinta yang anda harapkan..

semua ini hanya sedikit pesanan dan nasihan kepada pembaca dan juga pada diri saya sendiri..
segala kekurangan saya mohon ampun dan maaf, yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu datang dari saya..

salam..

No comments:

Post a Comment